Diwaktu ini memang mood aku sesuai.Ah aku sangap,aku jalan cari mangsa.Jumpa! Aku berhenti dan mulakan kerja.Tak selesa.Pelbagai posisi aku cuba ahhhhhhhhhhhh.Tiba pada klimaks aku berhenti.Seakan ada rasa pelik dihati dan tanpa sedar airmata ini menitis.Sebak,aku cuba menahan.Aku menyesal,menyesal perlakukan kerja ini! Shaaaaaaaaaaait!#

Dia punya bapa,suatu ketika dahulu semasa dia sedang belajar membaca dan mengeja.
"Tuhan itu maha adil kan?" Tiba-tiba satu suara si kecil menjengah

"Ya,lumrah alam.Dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali"

"Bagaimana ya?"

Bisu aku.Tak sampai hati untuk beritahu kerana dia masih kecil untuk tahu kejadian yang berlaku.Masih kecil,fikir aku.Tambahan itu cuma kejadian yang diceritakan di skrin dan mungkin dia tak perlu tahu.

"Kamu mahu air? Aku ambilkan.Kamu duduk sini diam-diam ya" Pantas,aku beredar dan membiarkan si kecil itu menatap skrin komputer

Sejenak kemudian,aku duduk di sebelah si kecil itu untuk menyambung pada klimaks entri yang aku baca.

"Kakak menangis ya?" Si kecil itu bersuara

"Untunglah,kakak masih punya bapa" dia menyambung dan berlalu pergi

Aku mati dengan soalan dan penyata yang diberi suara kecil itu.Aku lupa,bapanya sudah tiada lagi di dunia ini.Rasa bersalah menyelubungi aku.Menikam dada ini seolah ditusuk sembilu.Menyesal aku membiarkan dia di skrin itu.

Semahunya aku meraung di depan skrin ini.Perit,aku tahu si kecil itu sedang menanggung perit kerana kehilangan bapanya.Dan blogger yg aku baca tulisannya sebentar tadi pun terasa perit walau 11 tahun sudah berlalu.


Sorry,

No comments:

Post a Comment